Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kena Sawan Lepas Makan Ubat Kurus ‘Figure Up’
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk menurunkan berat badan yang diharamkan `Figure Up’ kerana disahkan mengandungi bahan racun sibutramine.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah Abdul Rahman berkata, siasatan pihaknya mendapati produk itu masih dijual menerusi internet meskipun larangan keatasnya pernah dibuat pada 8 November 2013.
“Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) masih menerima laporan kesan advers melibatkan produk ini. Antaranya dua pengguna berusia 14 dan 38 tahun mengalami sawan dan pendarahan ulser duodenal.
“Semakan mendapati produk ini banyak dipasarkan melalui internet. Label produk itu juga mengelirukan kerana mendakwa mengandungi ramuan semulajadi dan dihasilkan di kilang bertaraf Amalan Perkilangan Baik (AFB),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Eisah berkata, siasatan juga mendapati nama syarikat yang tertera pada produk tersebut iaitu Biospecially Food Trading tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Beliau menjelaskan, sibutramine adalah ubat terkawal untuk rawatan obesiti tetapi ubatan yang mengandungi bahan itu telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 2012 disebabkan risiko serangan jantung dan strok.
Menurutnya, kesan lain adalah peningkatan tekanan darah dan denyutan jantung, kering mulut dan tekak, cirit-birit, pening, sakit kepala, sukar tidur, sawan dan pendarahan dalaman.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak terlibat supaya menghentikan jualan produk itu atau berhadapan tindakan dibawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Justeru, belia menyeru orang ramai supaya berhati-hati dalam melakukan pembelian ubat-ubatan melalui internet kerana kualiti dan keselamatan kebanyakan produk terbabit sukar dipastikan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung produk `Figure Up’ supaya menghubungi talian 03.78413200,” katanya.
Eisah turut memaklumkan dua lagi produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan iaitu `Collagen Slim’ dan Beautiful Slim Body’ turut mengandungi sibutramine.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments