KEENGANAN Hanez Suraya memohon maaf kepada isteri teman lelakinya sebelum ini menyebabkan pelakon itu dikecam hebat orang ramai di laman sosial termasuk akhbar-akhbar tempatan.
Lebih
memburukkan lagi keadaan, Hanez cuba bertindak kurang bijak apabila
mengugut untuk menyaman Liyana kerana telah memalukan dirinya kepada
umum jika gagal memohon maaf.
Walau
bagaimanapun, menyedari sokongan orang ramai terhadap nasib yang
menimpa Liyana Manan termasuk beberapa rakan artis, ini mungkin sedikit
sebanyak memaksa Hanez untuk mengambil pendirian memohon maaf dan
bersemuka secara berdepan dengan Liyana.
Sememangnya
ini merupakan satu perkembangan baik buat bekas kekasih Awi Rafael itu
namun ramai peminat mendakwa ianya sudah terlambat. Apapun, jika Hanez
benar-benar ikhlas dengan permohonan maaf serta mengundur diri, mungkin
reputasinya dapat dipulihkan kembali.
No comments
Post a Comment