Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Dua Remaja Dijual Kakak Angkat
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

SUNGAI BULOH: Akibat kesempitan hidup kerana dibelenggu hutang keliling pinggang, dua remaja warga Indonesia nekad berhijrah ke negara ini, kira-kira sebulan lalu bagi mendapatkan peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, hasrat mereka yang masing-masing berusia 17 dan 18 tahun bertukar mimpi ngeri apabila ditipu kakak angkat yang sebenarnya menjual mereka kepada ejen rumah urut untuk dijadikan pelacur.
Penderitaan dua remaja berkenaan tidak berpanjangan apabila diselamatkan polis dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman di dua premis di Bukit Rahman Putra di sini, kelmarin.
Serbuan jam 10 malam yang diketuai Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berjaya menahan 10 wanita Vietnam berusia 22 hingga 31 tahun yang turut dijadikan pelacur di premis berkenaan.
Menurut Shahrul Nizam, kedua-dua remaja berkenaan dijanjikan pekerjaan jurujual di sebuah kedai, namun sebaik tiba di negara ini mereka dipaksa menjadi pelacur.
“Mereka mendakwa terdesak mencari pekerjaan kerana dibebani hutang, malangnya sebaik tiba di sini, mereka dijual kepada ejen pelacuran.
Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP).
“Siasatan awal juga tidak menolak kemungkinan semua wanita ini dibekalkan ejen pelacuran,” katanya ketika ditemui.
Katanya, selain 12 wanita terbabit, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 25 dan 30 tahun yang bekerja sebagai penjaga kaunter di premis berkenaan.-HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments