Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Shakira Dilarang Buat Muzik Video Bersama Lelaki
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



LOS ANGELES: Penyanyi pop Shakira akui bahawa pasangannya, Gerard Pique yang juga pemain pertahanan tengah untuk FC Barcelona serta pasukan kebangsaan Sepanyol telah melarangnya untuk menjayakan muzik video dengan lelaki lain.
Penyanyi She Wolf yang berusia 37 tahun itu juga memberitahu, sifat Gerard Pique yang semula jadi cemburu itu menyebabkan dia bertindak begitu serta mengeluarkan larangan tersebut.
“Sejak dia melarang saya menjayakan muzik video bersama lelaki… saya terpaksa melakukannya bersama wanita,” kata Shakira.
Pun begitu, Shakira mengakui bahawa dia telah mendapatkan keizinan dulu daripada Gerard untuk menjayakan muzik video Beautiful Liar bersama Rihanna.
“Memang sukar apabila hubungan bersamanya menyebabkan saya tidak berpeluang lagi untuk melakukan muzik video yang pernah saya lakukan.
“Tapi, sama ada saya suka atau tidak, itu persoalan lain. Yang penting, dia sangat menghargai saya serta sangat melindungi saya,” katanya.
Shakira bertemu Gerard Pique pada musim bunga 2010 yang mana ketika itu Gerard terlibat dalam pembikinan muzik video, Waka Waka (This Time for Africa) yang dijayakan Shakira yang mana lagu itu telah diangkat sebagai lagu tema Piala Dunia FIFA 2010.
Pada 22 Januari 2013, Shakira melahirkan anak pertama mereka, Milan Piqué Mebarak di Barcelona, Sepanyol yang juga tempat mereka sekeluarga menetap ketika ini.-murai

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments