Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelakon lagak ngeri Jet Li penumpang MH370
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR – Berita ini agak mengejutkan ramai pihak apabila ada laporan mengenai pelakon lagak ngeri yang pernah bersama pelakon hebat Jet Li, Ju kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden misteri kehilangan pesawat MH370.
Ju Kun adalah seorang pakar seni pertahanan diri, pelakon lagak ngeri dan juga merupakan pembantu koreografer yang sangat berpengalaman.
Sumber dari laporan Deadline, berita ini telah disahkan oleh Netflix dan The Weinstein Company.
Pelakon lagak ngeri untuk beberapa buah filem lakonan Jet Li, Ju Kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.
“Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini,” menurut Netflix dan The Weinstein Company.
Ju Kun dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.
Antara filem yang pernah dilakonkan beliau ialah “Fearless”, “The Expendables” dan “The Forbidden Kingdom”.
Dikatakan, pelakon berusia 35 tahun ini telah berada di Malaysia untuk siri “Marco Polo” oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan dan dikhabarkan “Marco Polo” dijangka memulakan produksi dalam tempoh tiga minggu lagi.
“Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini.
“Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka,” tambah Fusco.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments