Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Satelit China Kesan Objek Terbaru Dipercayai MH370
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


NOTA: Wujud kekeliruan berhubung saiz objek yang ditemui satelit China. Notan bertulis tangan yang diterima Hishammuddin menyebut ia seluas 20 meter x 30 meter, namun twitter beliau kemudian menyatakan ia 22.5 meter x 30 meter. Maklumat terkini sedang diusahakan.


Satelit China dilaporkan mengesan objek berukuran 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar dalam koridor pencarian selatan yang kini sedang dipergiatkan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
China juga telah memaklumkan mengenai penemuan tersebut kepada pihak Australia.
Maklumat ‘panas’ tersebut disampaikan oleh Duta China di Malaysia, Huang Huikang kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa taklimat media berhubung kehilangan pesawat itu di sini hari ini.
“Berita yang saya baru terima, Duta China menerima imej statelit objek-objek yang terapung di koridor selatan dan mereka kini menghantar kapal-kapal untuk mengesahkannya,” katanya.
Bercakap dengan menggunakan nota tertulis, Hishammuddin berkata objek berkenaan bersaiz 20 meter panjang dan 30 meter lebar.
Beliau berkata kerajaan China akan mengumumkan butiran lanjut mengenai perkara itu dalam tempoh beberapa jam lagi.
Penemuan terbaharu ini diumumkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sesi sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA, hari ini.
Objek tersebut dilihat menjadi petunjuk terbaharu selepas satelit Australia mengesan dua objek di koridor sama, dua hari lalu

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments