PENAMPANG : “Kalau kamu (pasukan keselamatan) dekat, saya potong kepala sampai putus.” Demikian ugutan seorang lelaki yang lalok apabila cuba membunuh dirinya dalam kejadian di Jalan Penampang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, lelaki berusia 20 tahun itu bertindak demikian dipercayai akibat mengambil dadah jenis syabu sebelum disedari anggota polis lalu cuba menahannya menyebabkan lelaki terbabit mengugut mahu mengelar lehernya.
Bagaimanapun, tindakan lelaki itu gagal apabila anggota polis dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu, berjaya menahannya daripada mencederakan dirinya dengan sebilah pisau pemotong sayur.
Menurut sumber, ketika kejadian, lelaki terbabit menyedari kehadiran anggota polis di lokasi kejadian lalu terjun ke dalam parit besar di tepi jalan di Jalan Penampang.
“Anggota polis cuba memujuk lelaki terbabit supaya tidak bertindak sedemikian namun gagal, malah lelaki terbabit menikam badannya beberapa kali.-HM
No comments
Post a Comment