Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Keju Tertua Di Dunia Berusia 3,500 Tahun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PENYELIDIK mendakwa mereka telah menemui keju tertua di dunia pada sekitar dada mumia yang berusia 3,500 tahun di barat laut China.

Pakar kimia di Institut Biologi Molekul, Sel dan Genetik Max Planck mendapati keju bebas laktosa tersebut berasal dari tahun 1,615 sebelum Masihi.
Sementara itu, penganalisis kimia, Andrej Shevchenko memaklumkan penemuan pelik itu menjadi bukti kepada teknologi pembuatan makanan pada Zaman Gangsa di Asia.
“Kaedah membuat keju mungkin murah ketika itu dan ia mampu dihasilkan semua golongan penduduk,” katanya dipetik DailyMail
Difahamkan, ketika saintis menemui mumia di Gurun Taklamakan itu pada 1930-an, mereka hanya menganalisis protein dan lemak dari sisa makanan itu tanpa menyedari ia sebenarnya adalah keju. – SH

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments