SEBELUM meriam dan segala jenis senjata berasaskan letupan termasuk pistol juga senapang, pedang adalah senjata yang digunakan sejak zaman berzaman oleh pahlawan terdahulu. Pada ketika itu, memiliki pedang diibaratkan seperti memiliki maruah bagi seorang lelaki.
Nyawa seorang satria zaman silam lebih banyak bergantung pada mata pedang. Justeru, senjata ini telah menjadi sesuatu yang sangat bernilai pada zaman itu. Dengan kata lain, pedang yang kuat dan tajam akan sentiasa menjadi rebutan kerana ia adalah penentu hidup mati seorang pahlawan perang.
Berikut adalah diantara pedang yang dianggap sebagai lagenda dalam sejarah peradaban manusia dan ia diakui oleh pada metalurgi dunia.
1. Zulfiqar
Zulfiqar adalah pedang terkenal dalam sejarah islam yang dimiliki oleh Syaidina Ali , dari banyak catatan sejarah, Nabi Muhammad saw mempersembahkan Zulfiqar ini kepada Syaidina Ali di pertempuran uhud. Selama pertempuran, Syaidina Ali banyak menghapuskan musuh dengan pedang ini. Dari kebanyakan catatan sejarah yang ada, dikatakan bahwa pedang Syaidina Ali digunakan pada Perang Parit, yang ketika itu lawannya adalah Amr Bin Abdawud, yang kekuatannya satu dibandingkan seribu orang. Dengan pedang ini Syaidina Ali membunuhnya dengan satu pukulan yang kuat meskipun Amr memakai baju besi yang kuat dan membawa senjata ampuh. Pedang ini adalah salah satu simbol tertua dan paling terkenal dalam sejarah Islam. Pedang ini juga pernah digunakan dalam pertempuran Karbala oleh Imam Husain.
2. Damascus
Pedang Damascus adalah pedang yang sangat tajam melebihi pedang Samurai dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Pedang tersebut mampu membelah baju zirah, membelah perisai, memotong pedang lawan dan batu tanpa mengalami kerosakan pada bilahnya. Antara ilmuan moden yang turut mengiktiraf kehebatan pedang ini ialah seorang pengkaji ketajaman senjata dari Jabatan Kejuruteraan dan Sains Bahan, Iowa States University, Amerika Syarikat, Profesor John D.Verhoeven. Beliau telah menulis dengan panjang lebar tentang keistimewaan pedang Damascus dalam majalah Scientific American yang telah diterbitkan pada edisi Januari 2001.
Berdasarkan catatan sejarah, pedang Damascus ini merupakan senjata utama yang digunakan oleh tentera Islam ketika Perang Salib Ke-3 sekitar penghujung kurun ke-12. Salahuddin Al-Ayubi merupakan pemimpin tentera Islam ketika itu yang berjaya membebaskan kota Jerusalem daripada cengkaman puak salib selama hampir seratus tahun lamanya. Salah satu sebab kekalahan tentera Eropah ketika pertempuran itu ialah pasukan tentera Islam dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan sekali libasan iaitu Pedang Damascus.
Pedang Damascus merupakan pedang canggih berteknologi nano sehingga dapat memotong ikatan atom suatu benda sehingga hasil potongannya sangat halus.dengan kata lain, pedang ini super tajam.pedang ini dibuat sebelum dunia mengenal teknologi nano (1991), iaitu pada abad ke-17. Tiub karbon nano inilah yeng telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam ini sangat istimewa dengan kehebatan sangat tajam tetapi mudah lentur.
No comments
Post a Comment