Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 48 Tahanan Meninggal Akibat Diseksa Di Mesir
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KAHERAH – MESIR. Pertubuhan bagi Hak Asasi Manusia bagi Arab Saudi (AOHR) mendedahkan, seramai 48 tahanan meninggal dunia akibat diseksa di penjara Mesir sejak rampasan kuasa tentera.
Menurut Al-Arabiya, AOHR dalam satu kenyataan mendesak Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dan pemimpin dunia untuk mengambil pendirian tegas sejajar dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa terhadap pelanggaran kuasa di negara itu.
“Kami mengutuk tindakan penahanan ratusan aktivis politik tanpa usul periksa. Jenayah dilakukan pihak berkuasa selepas rampasan kuasa 3 Julai lalu, kini mencapai skala tertinggi termasuk semua pegawai yang mempunyai kuasa eksekutif, presiden sementara, perdana menteri dan menteri pertahanan,” menurut laporan itu.
Laporan juga memetik, rekod kematian 48 kes dicatatkan adalah disebabkan penyeksaan, pengabaian kesihatan secara sengaja, tiada rawatan kesihatan berkala terutama bagi tahanan yang mempunyai rekod kesihatan penyakit kronik serta keadaan sekitar penjara yang penuh sesak.
“Pihak penjara melakukan pelanggaran hak asasi manusia secara terang-terangan selepas kami menerima banyak aduan daripada keluarga mangsa,” menurut laporan itu lagi. – SH

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments