Kuala Lumpur: Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online yang
menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau
lelaki untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada
segelintir mereka apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan
kosmetik beracun.
Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan ‘jaminan
kualiti produk’ serta pelbagai ‘testimoni pengguna’, di blog serta laman
sosial Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh
sesingkat tiga hari.
Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman
Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa
mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi
bintik halus merah seakan ruam panas.
“Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk.

“Sehari selepas pembayaran dibuat, produk yang diidam sampai di depan
rumah. Menurut label pada kotak, saya boleh melihat kesannya selepas
tiga hari dan jaminan diberi ternyata menjadi,” katanya ketika ketika
ditemui di rumahnya di Sungai Besi.
hMetro
No comments
Post a Comment