Shenzhen: Seorang
lelaki dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah menabur paku di
jalan raya yang menyebabkan sejumlah kenderaan pancit dan menyebabkan
kemalangan.
Akhbar di Guangdong melaporkan, lelaki itu, Wu bertindak demikian kerana bosan dengan kesibukan lalu lintas di sekitar kediamannya.
Wu memberitahu mahkamah, dia tidak tahan lagi dengan bunyi bising kenderaan yang melalui depan rumahnya hingga menyebabkan dia tidak boleh tidur.
Dia bertindak menaburkan paku di tengah dan tepi jalan sejak 2012 dan meneruskan kegiatannya sehingga ditangkap baru-baru ini.
Perbuatannya menyebabkan beberapa kenderaan berat, termasuk trak, bas dan kereta pancit. - Agensi

No comments
Post a Comment