Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bas Ekspress Kota Kinabalu - Sipitang Terbalik Elak Kereta 4WD
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



MEMBAKUT: Seramai 16 penumpang cedera ringan apabila bas membawa 48 penumpang terbalik selepas cuba mengelak kenderaan pacuan empat roda di hadapannya yang berhenti secara tiba-tiba di Kilometer 27, Jalan Papar-Beaufort, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.20 petang, semua yang cedera dipercayai akibat terhantuk masih belum dikenal pasti dan sudah dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut. 

Bas membawa 33 penumpang lelaki, 10 wanita dan lima kanak-kanak itu dalam perjalanan dari bandar raya menuju ke Sipitang dipercayai mengelak dari merempuh sebuah kereta di hadapannya lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam parit dan terbalik.
Kejadian menyebabkan penumpang terpaksa memecahkan cermin bas untuk keluar dari bas berkenaan. 

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 petang sebelum mengarahkan sepasukan bomba ke tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Superintendan Ismadi Borhan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments