KULIM - Polis dari Jabatan Pembanterasan dan Pencegahan Jenayah (JPPJ)
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menahan tiga lelaki berusia 20
tahun yang bekerja di pasar malam dipercayai terlibat dalam kegiatan
mencuri motosikal.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua suspek berasal dari Kampung Selangor.
Menurutnya, ketika serbuan dibuat, suspek yang tinggal bersama keluarganya sedang tidur di dalam bilik.
“Kami mendapat maklumat tentang suspek ketiga hasil siasatan rakan mereka yang ditahan sebelum ini.
Menurut suspek, rakan mereka itu hanya melakukan tugas melerai dan menjual alat ganti motosikal.
"Semua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal.
"Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik untuk menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.
Ghuzlan meminta penduduk tempatan terus memberikan maklumat kepada polis supaya jenayah mencuri motosikal ini dapat dibanteras.

No comments
Post a Comment