Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Mati Ditembak Di Flat Perai Jaya
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

BUTTERWORTH - Seorang lelaki mati selepas ditembak dua suspek dalam satu kejadian di blok E1 Flat Perai Jaya, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata dalam kejadian jam 10.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya mengenai kepala.

"Kita difahamkan ketika kejadian mangsa berada di sebuah kedai serbaneka yang terletak kira-kira 200 meter dari flat itu lalu bertembung dengan dua suspek terbabit sebelum mereka mengejarnya sehingga ke bawah flat berkenaan.

"Sebaik sampai di situ, seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa yang mana masing-masing mengenai tangan kanan, tengkuk dan kepala. Dua lelaki itu kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini awal hari ini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Nasir berkata polis menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian dan pihaknya percaya mangsa mengenali dua lelaki yang menembaknya itu.

"Motif kejadian masih belum diketahui tetapi kita tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dendam. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan berkenaan termasuk yang ada di flat berkenaan.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa juga mempunyai sembilan rekod jenayah termasuk pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) selama dua tahun dan kes pergaduhan.

"Kita minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments