UMUM mengetahui bahawa pelakon Rabecca Nur Al Islam kini sudah berhijrah dari segi penampilannya iaitu dengan menutup aurat.
Keputusan tersebut dilakukannya selepas menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Terbaru, pelakon itu mengambil keputusan untuk menjual semua pakaian seksinya, memetik Sinar Harian.
“Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat.
Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi. Jadi, setelah fikir
masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu
kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial.
“Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya.
“Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri
percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah. Namun,
bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka
terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus,” jelasnya.
Kami tabik dengan keputusan Rabecca itu. Ada baiknya dia tidak lagi menyimpan pakaian yang tidak sesuai dengan imej barunya.
Tapi, rasanya lebih baik jika pakaian seksi tersebut tidak dijual kepada mereka yang beragama Islam, tak gitu?
No comments
Post a Comment