Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pemuzik Jalanan Penipu Dari Filipina Mampu Kumpul RM1,000 Sehari
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Kuala Lumpur – Seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Kepetahan kumpulan dua gadis ini berbicara disulami ayat menggoda berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari.

Itulah taktik terbaru kumpulan gadis pemuzik jalanan penipu dari Filipina yang menjadikan pelanggan restoran dan kedai makan di sekitar ibu kota, Seremban, Melaka, Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sasaran.

Bergerak dua orang dalam setiap kumpulan, mereka yang mengaku sebagai pelajar kolej swasta pergi ke setiap meja pelanggan di restoran yang menjadi sasaran dan mendakwa membuat kutipan derma itu secara sukarela pada masa senggang jika tiada kuliah.

Selain menjaja nama pertubuhan anak yatim dan miskin ‘Children’s Joy Foundation’ yang beroperasi di Filipina, gadis terbabit yang ada kalanya hanya memakai seluar pendek ketat dan baju-T turut mendakwa membuat kutipan derma bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda negara itu, baru-baru ini.

Taktik kumpulan itu dilihat tersusun bagi mendapat kepercayaan orang ramai apabila menggunakan kad dicetak lengkap dengan alamat yayasan berkenaan, selain nama dan jumlah sumbangan penderma. – myMetro Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments