Perlu ingat bahawa kita bekerja bukan setakat sebulan dua tapi kalau kena gayanya, betul caranya mestilah nak bertahan lama. Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana tempat kerja dan paling penting rakan sekerja yang baik, yang tidak banyak kerenah, barulah kerja berjalan dengan baik. Tapi tidak semuanya baik, masalah rakan sekerja yang punya pelbagai ragam juga boleh menyebabkan kerja kita jadi terbantut. Oleh, itu, kamu perlu ketahui antara jenis orang yang perlu kamu jauhi di pejabat.
Si Busuk Hati
Individu sebegini ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikatakan orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.
Kaki Kipas
Ini lagi satu jenis orang yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga.
Peminjam Duit Tak Ganti
Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunyai masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak.
Pemalas & Kuat Ponteng
Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.
Kaki Gosip
Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gosip! Aduh kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya!
No comments
Post a Comment