KUALA PILAH – Seorang
gadis orang kurang upaya (OKU), menjadi mangsa pemuas nafsu rakan
lelakinya apabila diajak bermalam di rumahnya di Kampung Gunung Pasir,
Seri Menanti dekat sini.
Mangsa, 15, yang kudung pergelangan tangan kiri sejak dilahirkan
dirogol pada 5 September tahun lalu di rumah suspek berusia 20 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim
berkata, adik mangsa menyedari kakaknya keluar bersama suspek kira-kira
jam 1.30 pagi pada 5 September lalu selepas suspek menjemputnya di
rumah.
“Kemudian kakaknya pulang ke rumah pada 6 September kira-kira jam 8.30 malam selepas dihantar suspek.
“Adik lelakinya yang curiga melihat situasi itu, telah mendesak
mangsa menceritakan apa yang berlaku. Mangsa mengaku mereka telah
melakukan hubungan seks ketika bermalam di rumah suspek,” katanya.
Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Seri Menanti pada 6 September.
“Suspek yang merupakan seorang penganggur melarikan diri sejak sebulan lalu selepas mengetahui mangsa membuat laporan polis.
“Bagaimanapun suspek berjaya ditangkap pada 21 Januari lalu, jam 5 petang di rumahnya, di Kampung Gunung Pasir, dan semasa pemeriksaan suspek gagal menunjukkan kad pengenalannya” katanya.
Atas kesalahan itu, suspek dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah
atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan semasa pemeriksaan polis
mengikut peraturan 25(1) PPPN 1990 pada 28 Januari lalu.
“Pada 29 Januari, suspek dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah atas
kesalahan merogol mangsa untuk dua pertuduhan kerana merogol sebanyak
dua kali pada masa berlainan di tempat yang sama,” katanya.
Bagaimanapun, suspek tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan dan diikat jamin sebanyak RM11,000. – Sinar Harian
No comments
Post a Comment