JEMPOL - Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis bertindak
menanggalkan pakaian seorang warga Indonesia selepas menyamunnya, petang
kelmarin.
Tindakan itu dilakukan selepas dua penjenayah berkenaan tidak berpuas hati dengan hasil samunnya, kerana hanya memperoleh wang tunai RM500 dengan sebuah telefon bimbit pintar jenis Samsung.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang, mangsa berumur 23 tahun datang dari Pasir Besar, Gemas ke Pekan Bahau secara sendirian atas urusan perbankan.
Menurutnya, selepas selesai urusan di bank mangsa berjalan ke sebuah pasaraya dekat sini, namun secara tiba-tiba dia ditarik masuk ke dalam sebuah kenderaan dinaiki dua lelaki berumur 20-an.
“Ketika dalam kenderaan mangsa telah dipukul di bahagian kepala dan dipaksa menyerahkan semua barang berharga.
“Suspek memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dengan menunjukkan pelekat Polis Diraja Malaysia dekat cermin hadapan kenderaannya,” katanya kepada Sinar Harian selepas mengesahkan kejadian itu, semalam.
Hamzah berkata, kedua-dua suspek yang memakai pakaian kemas itu seterusnya membawa mangsa sehingga ke Air Hitam, lalu meninggalkannya di tepi jalan berhampiran kebun kelapa sawit.
“Bagaimanapun, suspek bertindak menanggalkan pakaian mangsa untuk memeriksa barang berharga yang terdapat di badan mangsa selepas tidak berpuas hati dengan hasil yang disamun.
“Semua dokumen mangsa dibakar di tepi jalan kecuali dokumen perjalanannya (pasport). Manakala pakaian mangsa dicampak di tempat sama,” katanya.
Hamzah berkata, mangsa terpaksa berjalan sejauh kira-kira 8 kilometer untuk ke Balai Polis Bandar Seri Jempol bagi membuat laporan kira-kira jam 4.30 petang.
“Kami sedang mengenal pasti kenderaan yang dinaiki suspek, dan kita buka kertas siasatan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya.

No comments
Post a Comment