KEPADA peminat ikon bola sepak dunia, David Beckham terutama
wanita di luar sana, inilah masanya untuk anda menyaksikan fizikalathletic bintang ternama berkenaan
sempena kempen iklan musim bunga David Beckham Bodywear bagi jenama
pilihan ramai H&M.
Sesuatu
yang menarik tentang iklan arahan pengarah filem terkenal, Nicolas Winding Refn
itu kerana David nampaknya hanya becelana dalam dan melakukan beberapa aksi
tangkas di atas bumbung sebuah bangunan.
Paling
menggelikan hati apabila celana dalamnya itu terkoyak dan menyebabkan ramai
pihak yang terpinga-pinga dengan penampilan suami kepada ikon fesyen Victoria
Beckham berkenaan sebaik saja sampai di set penggambaran.
Dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan pihak jenama rangkaian pakaian harian terkenal
dari Sweden, H&M baru-baru ini, David Beckham berkata dia sangat teruja
apabila sekali lagi telah dapat bekerjasama dengan pengarah kegemarannya itu.
“Nicolas
menggalakkan saya untuk melahirkan sebuah filem penuh dengan aksi yang juga
memiliki tarikan tersendiri serta inspirasi dalam rekaan koleksi pakaian saya
kali ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Sementara itu Nicolas
Winding Refn pula berkata, Beckham sangat tersendiri apabila di hadapan kamera
dan tidak menunjukkan sebarang rasa takut ketika melakukan aksi lagak ngerinya
sediri.
“Kempen
ini sangat menyeronokan, tampak bijak, mengagumkan dan menunjukkan beberapa
sisi lain pada personaliti David Beckham,” kataNicolas dalam nada ceria.
Sudah dilancarkan
baru-baru ini, koleksi terkini David Beckham Bodywear tampil dengan kesegaran
tersendiri untuk para jejaka seperti baju lengan panjang, vest, celana dalam
dan baju-T yang sememangnya selesa.
Koleksi
kali ini juga turut memberi tumpuan kepada pakaian untuk kanak-kanak lelaki
seperti celana dalam, long johns, baju tidur dan banyak lagi.
Kempen iklan kolesksi
terbaru David Beckham buat pertamakalinya telah ditayangkan dihadapan khalak
ketika berlangsungnya US Super Bowl hujung minggu lalu.
No comments
Post a Comment