Toronto – “Saya cantik dan orang ramai sepatutnya menghormati saya kerana kecantikan itu,’’ itu harapan seorang pondan yang berharap untuk memenangi Ratu Cantik Dunia.
Pondan itu, Amelia Maltepe dilahirkan sebagai Adesh dan berasal dari Bangladesh.
Selepas berpindah ke Toronto untuk melanjutkan pelajaran, Adesh telah menanam implan payu dara pada 2012 .
Adesh yang menetap bersama teman lelakinya, Charles Dubuc, kini meniti jalan sebagai model sebelum menyertai Ratu Cantik Dunia.
Bagaimanapun tahun lepas dia telah mencetuskan kontroversi apabila bergambar seksi di dalam sebuah akhbar tempatan, Toronto Sun.
Selepas rahsianya diketahui ramai, satu petisyen melalui dalam talian telah dibuka kepada orang awam oleh pembaca akhbar tersebut yang marah dan mahu model pondan diharamkan di akhbar.
“Saya sangat kecewa dengan komen-komen mengenai diri saya dalam surat khabar itu dan menyebabkan saya menjadi tertekan,’’ katanya.
Dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama Islam yang kuat, Adesh berkata dia terperangkap dalam badan seorang lelaki yang bukan miliknya.
“Saya berbeza dengan kanak-kanak lelaki lain namun di Bangladesh, kami tidak membincangkan perkara itu.
“Saya selalu mencuba pakaian ibu saya dan mengenakan alat soleknya ketika dia keluar,’’ katanya.
Jelas Adesh, selepas dia mendedahkan keadaan dirinya, keluarganya terus memutuskan hubungan dengannya, namun kini mereka telah menerima keputusannya.
No comments
Post a Comment