Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » KEJAM - Banduan Seksa Kepala Milik Banduan Lain
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


BRAZIL – Kejam dan mengerikan. Rakaman video yang memaparkan bagaimana banduan di dalam penjara `berseronok`’ dengan kepala milik banduan lain yang dijadikan sebagai piala, telah mengejutkan banyak pihak.
Ia dirakamkan di penjara Pedrinhas yang terletak di Maranhao pada 17 Disember lalu.
Video tersebut juga menunjukkan tiga badan dipenuhi dengan kesan tikaman, sekali gus menunjukkan bahawa mangsa disiksa sebelum dibunuh.
Akhbar Brazil, Folha de Sao Paulo, yang mendedahkan rakaman itu turut menggambarkan bagaimana banduan terbabit bergambar bersama badan mangsa yang tertiarap di atas lantai.
Kepala mangsa pula diletakkan di atas badan tersebut.
Video itu telah diserahkan oleh akhbar tersebut kepada kesatuan pekerja penjara agar isu itu dapat diketengahkan.
Beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku, hakim telah melawat penjara tersebut dan menuntut kerajaan mengambil alih semula kawasan itu.
Hakim itu telah mendedahkan ada pelawat wanita yang dipaksa mengadakan hubungan seks dengan ketua kumpulan samseng dalam penjara berkenaan.
Pedrinhas penuh sesak dengan banduan dan mempunyai 2,196 tahanan berbanding kapasiti sebenar penjara itu iaitu 1,770 orang .
Tahun lepas, seramai 62 banduan dilaporkan terbunuh di penjara itu akibat pergaduhan antara kumpulan samseng.
Kejam! Banduan Siksa Kepala Milik Banduan Lainhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/kejam.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/kejam-150x150.jpgMyNewsHubTerkini

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments