PETALING JAYA: Pelakon baharu Azman Kombos mengakui berasa malu dengan khabar angin kononnya dia 'ditaja' oleh kekasihnya aktres Nad Zainal.
Azman,
29, berkata, perkara tersebut merupakan khabar angin yang tidak sihat
kerana ia boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon yang
baharu mencari tapak di bidang seni hiburan tanah air.
"Saya
ada rasa malu apabila timbul gosip begini. Bagi saya ia sebuah khabar
angin yang tidak sihat dalam mengembangkan karier saya.
"Tetapi
nak buat macam mana, saya terima dengan hati terbuka. Ada artis lain
terkena gosip yang lebih teruk, jadi saya tidak perlu nak melatah,"
katanya kepada mStar Onlineyang dihubungi di sini pada Rabu.
Minggu
lalu, sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Nad kini
menyara hidup teman lelakinya iaitu Azman berikutan perkembangan
kerjaya pemuda itu yang dilihat masih suram berbanding Nad sendiri.
Sementara
itu, Azman berkata, memandangkan dia dan Nad perlu menanggung keluarga
masing-masing, mereka mengamalkan konsep berkongsi dalam hal-hal
perbelanjaan apabila keluar bersama.
"Nad
ada keluarga nak ditanggung, begitu juga saya. Jadi saya akui, ada
masanya Nad belanja saya makan dan kemudian saya pula yang keluarkan
duit, kami bergilir-gilir dan berkongsi untuk mengurangkan bebanan
masing-masing," ujarnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan karier pula, Azman kini sibuk dengan penggambaran drama Jika Itu Takdir untuk siaran TV3. Selain itu pelakon drama bersiriDewi Lasak itu juga bakal muncul dengan filem Mukasurat Cinta arahan Pierre Andre pada 16 Januari ini.
No comments
Post a Comment