KOTA BHARU – Seorang wanita didera oleh suaminya kerana enggan
memberi wang RM100 kepada suaminya yang juga seorang penagih dadah di
rumah mereka di Kampung Temusu, Limbat, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata dalam
kejadian kira-kira 7 malam itu, lelaki berusia 26 tahun tersebut
dilaporan memukul kepala isterinya yang berumur 21 tahun dengan belakang
kapak dan mengikat leher isterinya dengan rantai dan dikunci dengan
mangga.
Beliau berkata anggota keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu
telah menghubungi pihak polis, namun lelaki tersebut sempat melarikan
diri apabila polis tiba.
Wanita berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Mangsa yang baru melahirkaan anak kedua, ketika ditemui di hospital berkata dia masih trauma dengan kejadian itu.
No comments
Post a Comment