Seorang perancang kewangan yang didapati bersalah memuatnaik dua
petikan babak seks bekas teman wanitanya selepas mereka memutuskan
hubungan dihukum penjara 10 minggu semalam.
Tertuduh yang berusia 25 tahun mengaku bersalah menggunakan
menggunakan aplikasi elektronik memuatnaik babak dia dan bekas teman
wanitanya yang berusia 24 tahun sedang melakukan seks oral, menurut
laporan Straits Times Singapura.
Babak itu dimuatnaik ke laman web porno antarabangsa Xhamster pada Ogos lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling memberitahu mahkamah
bahawa pasangan itu ketika kejadian sedang menikmati percutian di Batam,
Indonesia pada bulan Jun tahun 2012 apabila wanita itu memberi izin merekod dua babak itu menggunakan telefon pintarnya.
Setahun kemudian, wanita itu bertindak memutuskan hubunagn cinta
mereka dan akibat marah tertuduh memuatnaik rakaman video berkenaan ke internet.
Pada 11 Oktober tahun lepas, rakan mangsa memaklumkan kepadanya berkenaan video itu di laman porno berkenaan.
Mangsa mengenalpasti nama samaran yang digunakan individu yang memuatnaik rakaman itu yang merupakan bekas teman lelakinya.
Setiap rakaman itu berlangsung selama tiga hingga empat minit dan
telah berada di internet lebih daripada dua bulan, menurut Chee.
Mangsa meminta tertuduh membuang semua rakaman video tetapi ia hanya dilakukan selepas tiga hari.
Chee meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sekurang-kurangnya tiga
minggu penjara kerana dalam video berkenaan wajah mangsa jelas kelihatan
dan ini menyebabkan mangsa berasa malu dan reputasinya musnah
disebabkan rakaman itu.
Tertuduh dalam rayuannya berkata kesalahan itu merupakan kali pertama
dilakukannya dan dia berasa bersalah ke atas apa yang telah dilakukan.
Tertuduh boleh dihukum penjara maksium tiga bulan dan boleh didenda.
No comments
Post a Comment