New York: Seorang lelaki mengaku membelasah teman wanita dan anak
perempuan kekasihnya itu hingga mati menggunakan tukul kerana menyangka
mereka ‘ahli sihir’ yang menjampinya.
Carlos Amarillo, 44, memukul kekasihnya Estrella Castaneda, 56, dan
anak wanita itu Lina, 24, kerana menyangka mereka pengamal ilmu hitam
voodoo untuk menjampinya di rumah mereka pada jam 12.15 tengah malam.
Dua beranak berkenaan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Anak perempuan Lina berusia tujuh tahun yang identiti dirahsiakan tidak dicederakan.
Anak perempuan Lina berusia tujuh tahun yang identiti dirahsiakan tidak dicederakan.
Amarillo sendiri menelefon polis selepas membelasah dua wanita itu hingga mati.
Menurut timbalan pendakwa raya Richard A Brown, Amarillo mengaku bertanggungjawab kepada operator 911 yang menjawab panggilannya.
“Dia dilaporkan berkata: ‘Dua wanita maut dibunuh. Saya yang bunuh dengan tukul kerana mereka ahli sihir. Saya disampuk dan mahu polis bunuh saya’,” katanya.
Amarillo juga dilihat berjalan di depan rumahnya sambil memeluk Injil dan berkata “Saya bunuh mereka” berulang kali.
Jirannya Jorge Carrion berkata, isterinya yang berada di rumah ketika kejadian terdengar bunyi bising seperti seseorang dipukul dengan kuat.
“Dia terdengar bunyi hentaman pada dinding rumah jiran kami, namun tiada jeritan,” katanya.- Agensi
No comments
Post a Comment