Johor Bahru: Seorang wanita mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan termasuk dakwaan menyamar sebagai pegawai imigresen selain menjual barangan rampasan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hazlina Halin, 35, ditawarkan jaminan RM80,000 kerana pernah gagal menghadirkan diri ketika didakwa berhubung kes penipuan lain di mahkamah sama pada 2011.
Majistret Salina Omar memerintahkan wang jaminan RM8,000 pernah dibayar tertuduh tidak dikembalikan berikutan kegagalannya hadir bagi perbicaraan kes berkenaan.
Tertuduh didakwa menyamar pegawai imigresen dan memperdaya Azzlina Bachok, 38, yang menyerahkan wang RM2,720 kononnya sebagai bayaran telefon bimbit dan perbuatan itu dilakukan pada 30 September dan 17 Oktober 2011.
No comments
Post a Comment