Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelakon Dira Abu Zahar Keguguran Selepas Penggambaran
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Disahkan mengandung oleh doktor berusia enam minggu, berita gembira itu tinggal kenangan apabila Dira Abu Zahar mengalami keguguran mengejut bulan lalu. Pelakon itu hanya menyedari perkara tersebut selepas terdapat ketulan darah yang keluar dari perut.

"Pada bulan lalu saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Kemaman, Terengganu. Ketika itu, saya sedar sudah lewat datang bulan beberapa hari, namun saya tidak mengendahkannya dan beranggapan tiada sebarang masalah yang berlaku."

"Kemudian ketika saya sibuk bekerja, terdapat ketulan darah yang keluar dan saya terus dinasihatkan menjalani pemeriksaan di klinik. Selepas itu, penjelasan yang diberikan doktor agak mengejutkan saya."

Nampaknya, hasrat suami Dira, pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusuf, untuk menimang cahaya mata buat kali pertama sejak berkahwin dua tahun lalu sedikit tergendala. Meskipun begitu, Helmi tidak cepat melatah dan menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Bercakap tentang punca Dira keguguran, bekas isteri penyanyi Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid itu memberitahu kurang pasti namun tidak menolak terlalu aktif bekerja sebagai antara penyebab utama.

"Saya sendiri kurang pasti tentang keguguran ini, tetapi rasanya ia mungkin berpunca daripada diri saya yang terlalu aktif bekerja. Selepas apa yang berlaku, saya akan cuba elakkan diri untuk aktif dan akan segera membuat pemeriksaan sekiranya lambat datang bulan."

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments