Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Joe Flizzow Tunggu Malique, Ingin Kembalikan Zaman Too Phat
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


ISI hati penyanyi hip hop Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak untuk melihat kumpulan duo Too Phat yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu kembali beraksi di pentas disampaikan menerusi sebuah lagu berjudul Aku Tak Kenalmu (feat. Zamaera).
Ujar Joe, rangkap kedua lagu itu ditujukan khas buat teman baiknya, Malique. Dia meluahkan keinginan dan harapan untuk kembali ke persada muzik bersama penyanyi berbakat besar itu.
“Insya-Allah sudah sekian lama saya mahu mengembalikan kegemilangan kumpulan Too Phat bersama Malique, malah sebelum ini pun saya tidak pernah mendakwa Too Phat berakhir.
“Rangkap kedua dalam lagu Aku Tak Kenalmu saya tujukan untuk Malique. Harapan itu masih ada,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran album Havoc di The Lust, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Joe juga memberitahu, Malique merupakan individu pertama yang mendengar semua lagu yang dihasilkan untuk album kedua, Havoc yang merangkumi 14 buah lagu berbahasa Melayu.
“Semua lagu dalam album ini saya sayang dan sepanjang proses pembikinan album ini saya perdengarkan setiap lagu yang dihasilkan kepada enam orang terdekat saya termasuk Malique,” ujarnya yang sentiasa berhubung dengan Malique.
Dalam album kedua Joe selepas President yang diterbitkan pada tahun 2009, dia menggunakan lebih 90 peratus lirik bahasa Melayu dalam album Havoc dan selebihnya berbahasa Inggeris serta bahasa pasar.
Daripada keseluruhan album, lapan buah lagu menampilkan duet daripada artis pelbagai latar belakang antaranya lagu Untukmu (feat. Ila Damia), Katakan (feat. Rossa), Takbir Cinta (feat. Yasin & Amy Search), Apa Khabar (feat. SonaOne), Lu Lari (feat. Adeep Nahar) dan pastinya lagu yang dinanti-nantikan, Havoc (feat. Altimet & SonaOne).

Lagu lain yang dimuatkan dalam album itu ialah Iller-Iller, Baek, Satu Kali, Kongsi, Apa Benar dan Go Hard.
“Saya andaikan diri saya seorang atlet dan sekarang sedang merehatkan badan saya yang selama ini penat bekerja, maka keluarlah album hip-hop berbahasa Melayu sepenuhnya.
“Album ini membuktikan bahawa saya juga boleh rap dan menghasilkan lagu hip hop dalam bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Selama ini orang sering salah anggap saya penyanyi urban yang hanya menulis lirik bahasa Inggeris saja,” tegasnya.
Joe sama sekali tidak menjangka daripada single Havoc yang dirakamkan secara tidak sengaja bersama Sona One dan Altimet berjaya diterjemahkan sebagai sebuah produk.
“Kami merakamkan lagu ini dalam satu malam secara tidak sengaja apabila Sona One hampir terjatuh dan tersebut perkataan havoc. Daripada kejadian itu rentak demi rentak muncul dan akhirnya menjadi sebuah single,” katanya.
Sementara itu, jelas Altimet cabaran terbesar untuk merakamkan single Havoc apabila dia hanya diberikan lapan bar (rangkap) untuk dimampatkan menjadi jalan cerita.
“Selalunya apabila rap saya diberikan 16 bar sekurang-kurangnya, tapi kali ini Joe mengehadkan saya dengan lapan bar.
“Jadi saya memilih isu semasa berkaitan dilema yang sedang berlaku dalam genre muzik rap dan hip hop,” ujar Altimet.
Sona One atau nama sebenarnya Mikael Adam, 25, pula menafikan dakwaan bahawa dia cuba meniru gaya nyanyian rapper antarabangsa Lil Wayne menerusi lagu Havoc.
“Ini suara dan cara nyanyian semula jadi saya, tidak pernah pula saya berniat mahu meniru mana-mana artis sebelum ini. Mungkin berlaku secara kebetulan,” jelasnya yang bakal melancarkan album solonya bulan Februari tahun depan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments