Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pemandu wanita China sahut cabaran Usain Bolt
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Beijing: Seorang wanita China menerima cabaran pelari Olimpik, Usain Bolt, untuk ‘berlumba’ dengannya menggunakan bas.
Wanita itu berkata dia yakin mampu mengalahkan Bolt dalam perlumbaan sejauh 300 meter dengan dia memandu bas manakala Bolt berlari.
“Adakah pemandu bas China yang sanggup berlumba dengan saya?” cabar Bolt di akaun Weibo miliknya sejurus mengalahkan pemandu bas di Buenos Aires bagi perlumbaan sejauh 80 meter, Ahad lalu.

Ribuan orang menjawab pos itu, namun Wang Yang pemandu bas awam dengan pengalaman 15 tahun menjadi orang pertama menyahut cabaran berkenaan.
Menurutnya, cabaran itu lebih sukar jika jaraknya sekadar 100 meter disebabkan bas mengambil masa lebih lama untuk meningkatkan kelajuan.Bagaimanapun, dia yakin mampu mengalahkan Bolt dalam perlumbaan 300 meter. Bolt belum memberikan sebarang jawapan. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments