Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kereta Pelajar UiTM Disaman Hanya Kerana Pasang Pelekat Nik Aziz
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



DI laman Facebook, sudah tersebar luas satu foto sebuah kereta jenis Nissan yang diletakkan di dalam kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam disaman serta dikunci tayarnya di kawasan Kolej Kediaman Anggerik yang dikhususkan untuk pelajar siswi atau wanita.
Sehingga kini gambar itu yang dimuatnaik di laman Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun dikongsikan sebanyak 1,909 kali dengan 14,542 orang telah klik Like pada gambar itu.
Ia adalah kerana satu daripada sebab kesalahan kereta itu dikunci ialah kerana menggunakan pelekat dengan gambar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada cermin hadapannya.
Ia mencetuskan kekecohan siber di laman Facebook berkenaan dan ramai menyuarakan rasa tidak puas hati di ruangan komen mempersoalkan tindakan polis bantuan mengeluarkan saman kerana ia hanyalah pelekat biasa.
Pada kertas saman yang diletakkan di cermin hadapan, dinyatakan oleh anggota bertugas yang mengeluarkan saman bahawa kesalahan pertama iaitu kereta itu diletakkan di dalam kawasan yang dilarang meletakkan kenderaan.
Kesalahan kedua ialah menggunakan pelekat dengan gambar Nik Abul Aziz.
Kesalahan berkenaan pelekat gambar Nik Aziz itu juga boleh disaman kerana ia melibatkan pelanggaran dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Pindaan 2012.
AUKU Pindaan 2012
Seksyen 15(1) menyebut seseorang pelajar universiti TIDAK BOLEH terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus.
Jadi dalam hal ini, sepatutnya pelajar itu menanggalkan pelekat di cermin keretanya sebelum kembali ke kampus UiTM kerana ia jelas menyalahi peruntukan di dalam akta berkenaan.
Bukan sahaja parti PAS, jika parti BN pun pelajar itu akan disaman.
Tindakan laman Facebook Nik Abdul Aziz memuatnaik gambar berkenaan boleh disifatkan sebagai sengaja melakukan provokasi politik kerana biarpun hanya pelekat, pelajar itu sudah menyatakan sokongan terhadap pemimpin politik iaitu parti PAS dan secara tidak langsung terlibat ketika di dalam kampus.
Akta itu dalam pindaan pada tahun 2012, hanya menyebut pelajar universiti dibenarkan terlibat dengan apa-apa parti politik ketika di luar kampus dan bukannya di dalam kampus.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments