Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Palestin Di Hati Ramona Zamzam
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Aktres yang semakin menjadi tumpuan ramai, Ramona Zamzam, 23, akui sedang mengenali hati budi seorang pemuda namun lelaki yang berjaya memikat hatinya itu bukan lah seorang lelaki Melayu. Sebaliknya teman istimewanya itu merupakan pemuda warganegara asing.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Ya, saya sedang mengenali seseorang tapi masih terlalu awal untuk saya bercerita lebih tentang hubungan kami. Dia bukan orang dalam industri.
“Dia seorang warganegara asing tapi dah lama menetap di sini. Kami kenal sejak beberapa bulan lalu. Mulanya dia tak tahu yang saya seorang pelakon sehinggalah dia diberitahu oleh rakannya”, kata Ramona Zamzam yang bagaimanapun enggan mendedahkan nama kekasihnya itu.
Pelakon Cinta Jangan Pergi ini ketika ditemui pada pelancaran radio Ultra.FM di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, petang semalam.
Ditanya apa yang membuatkan dia tertarik pada lelaki tersebut, lantas Ramona meluahkan pendapatnya bahwa lelaki warganegara asing mempunyai karakter yang lebih memikat berbanding lelaki tempatan.
“Dia seorang yang easy going. Terus-terang bagi saya, lelaki warganegara asing ni kebanyakan mereka mempunyai karakter memikat hati berbanding lelaki tempatan. Tapi tak lah bermakna saya tak suka lelaki tempatan. Perkenalan kami pun hanya kebetulan sewaktu di satu acara”, katanya.
Begitupun sewaktu temubual, berat untuk gadis berusia 23 tahun ini berkongsi tentang negara kelahiran kekasihnya itu, namun setelah puas dipujuk pihak media, Ramona akhirnya berkata,
“Okay lepas saya beritahu ni, cukup ya cerita fasal dia. Dia berusia 20-an, orang Palestin”, tuturnya sambil mengukir senyuman.
Kena Cubit Dengan Makcik
Beralih pula pada perkembangan karier, tak dinafi Ramona lebih dikenali yang menerusi watak antagonis seperti wataknya dalam drama Cinta Jangan Pergi dan Cinta Jannah. Malahan gara-gara watak perempuan jahat yang sentiasa dijayakan, Ramona pernah diserang oleh seorang peminat.
“Memang saya akui watak antagonis lebih buat saya menyerlah berbanding watak baik. Peminat pun semakin mengenali saya. Sampai saya ada satu pengalaman saya dicubit oleh seorang makcik di sebuah pasaraya.
“Mulanya saya perasan yang dia perhatikan saya dari jauh. Kemudian dia datang kepada saya dan berkata, “ni Damia kan…? Damia? Jadi saya pun angguk saja dan katakan pada wanita itu yang nama tersebut hanyalah watak dalam drama Cinta Jannah.
Tapi tak berapa lama kemudian, wanita itu mendekati saya lalu mencubit lengan saya. Terasa sakit juga cubitan itu tapi mujur saya cepat-cepat mengelak. Saya hanya tergamam pada ketika itu”, ujarnya.
Meskipun mengalami kejadian yang dianggapnya menakutkan namun Ramona tidak berputus asa untuk terus melakonkan watak antagonis sekiranya ada lagi tawaran pada masa hadapan.
Terbaru dia baru saja selesai penggambaran telemovie Aku Yang Dulu, Bukan Sekarang untuk slot carekarama TV3. – Malaysian Digest

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments