Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Polis Rasa Bersalah Curi Duit Jiran Akhirnya Tembak Diri Sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Jakarta: Seorang anggota polis ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di dadanya dipercayai akibat membunuh diri.
Bambang Setiawan dipercayai mengambil tindakan itu kerana dihantui perasaan bersalah selepas mencuri wang jirannya. 
Jurucakap polis berkata, Bambang membunuh diri menggunakan raifal automatik V-2 ketika sedang bertugas di Balai Polis Nganjuk di Jawa Timur. 


“Tiada saksi kerana tujuh anggota lain yang bertugas pada malam berkenaan tiada di balai,” katanya.

Menurut jurucakap itu, Bambang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Polis Bhayangkara.

Sementara itu, Ketua Polis Indonesia Sutarman berkata, Bambang membunuh diri kerana ‘dosanya’ pada masa lalu. “Saya menerima laporan daripada ketua polis Jawa Timur, Unggung Cahyono bahawa Bambang mencuri Rp 650,000 (RM180) daripada jirannya. 


“Dia rasa bersalah dan malu hingga akhirnya membunuh diri,” katanya. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments