Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Dua Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan di Ranau
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Ranau, kira-kira 108km dari sini awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah DSP Abd Rahman Kassim mengesahkan seorang daripada kanak-kanak itu ialah penumpang lori berumur 10 tahun dikenali sebagai Hafzan Dullah. Seorang lagi kanak-kanak dikenali sebagai Marcella Christianus, berumur empat tahun, penumpang kereta Kancil - iaitu sebuah dari tiga kenderaan yang dirempuh lori tersebut. "Pemandu lori berumur 27 tahun itu sedang membawa muatan baja dari Kota Kinabalu ke Sandakan, hilang kawalan lalu merempuh kenderaan Toyota Hilux, Kembara dan Kancil sebelum terjunam ke dalam Sungai Liwagu, Ranau," kata Abd Rahman ketika dihubungi di sini.
Beliau juga berkata tiga orang cedera parah dalam kemalangan pada kira-kira pukul 11 pagi itu iaitu pemandu lori terbabit dan adiknya berumur 15 tahun yang turut menaiki lori tersebut.
Turut cedera bayi berumur enam bulan dalam kereta Kancil.
Abd Rahman berkata, lapan orang lagi iaitu empat dari kereta Kembara dan empat termasuk pemandu dari kereta Kancil mengalami cedera ringan.
Pemandu Toyota Hilux melarikan diri dari tempat kejadian. -BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments