Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Dewi Persik Dituduh Ambil Dadah Selepas Buat Aksi 'Goyang Gergaji'
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Di tengah keributan mengenai isu guna-guna Dewi Persik menyatakan dia juga pernah berdepan pengalaman tidak menyenangkan ketika berada di negara jiran.
Kata Depe begitu selebriti itu lebih dikenali dia pernah ditangkap polis Si­ngapura kerana disyaki mengambil dadah. 
Katanya, dia ditangkap ketika menjalani penggambaran filem Pantai Selatan di negara berkenaan.

“Saya disyaki menggunakan dadah.

“Sama seperti suspek lain, saya kemudian diarah menjalani ujian tetapi mereka gagal menemui sebarang bukti,” katanya.
Justeru, kata Depe, dia berharap tiada mana-mana pihak cuba mencemarkan nama baik dengan mengait­kan isu dadah kepadanya.


Kata Depe, dia mendedahkan pengalaman itu kerana menganggap ia ada kaitan dengan masalah guna-guna yang didakwanya baru-baru ini. 
                                                 
Menurut penyanyi yang popular dengan aksi goyang gergaji itu, ramai pihak tidak menyenangi dirinya.

Justeru, kata Depe, dia semakin mangli dengan pel­bagai cubaan orang yang ingin menjatuhkannya. 

Bagi menghadapi sebarang kemungkinan Depe memilih untuk lebih ba­nyak berserah kepada Tuhan.

“Saya lebih banyak berdoa dan fokus hanya kepada kerja saja,” katanya. 

Sementara itu seorang pengamal perubatan tradisional dikenali sebagai Ustaz Ruhan berkata, ada ba­nyak kemungkinan mengapa Depe menjadi sasaran ilmu hitam. 

“Mungkin kerana persaingan perniagaan atau ada kata-kata Depe yang sebenarnya berniat baik tetapi disalah erti,” katanya. 

Depe sendiri mengaku sudah tahu siapa individu bertanggungjawab di sebalik gangguan yang dialaminya namun pada awalnya enggan memberi komen sama ada ia membabitkan kalangan artis. 

Walaupun begitu Depe berkata, dia tidak tergugat dengan cabaran berkenaan. 
“Saya tak takut kerana ilmu hitam tidak akan berkesan kepada orang yang tulus dan berhati bersih,” katanya. 

Selepas disoal lagi Depe akhirnya mendakwa dia menjadi sasaran iri hati artis wanita. 

Kata Depe, individu terbabit menyimpan dendam dan iri hati padanya dan tidak teragak-agak bertindak sehingga boleh meragut nyawa.

“Pelakunya lebih daripada seorang dan mereka mahu melihat saya musnah secara fizikal,” kata­nya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments