Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Cubaan Samun Bersenjata Di Kepong
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


MELALUI akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC), dikongsikan lagi satu kes cubaan samun yang berlaku di Jalan E 5/13, Taman Ehsan, Kepong, jam 6.30 pagi, semalam.
Dua perompak bertindak memecah tingkap kenderaan mangsa yang baru sahaja masuk ke dalam kereta dengan hulu parang.
Apabila mangsa menjerit dan menekan hon, seorang daripada mereka memberi amaran supaya mendiamkan diri sebelum datang ke tingkap pemandu dan memecahkannya.
Mangsa yang kemudiannya keluar dari kereta cuba merampas parang tersebut sehingga mengakibatkan tangan dan kakinya cedera.
Akhirnya, perompak tersebut meninggalkan kawasan kejadian tanpa berjaya mendapat apa-apa hasil daripada mangsa.
Laporan polis sudah dibuat dan mangsa menyatakan salah kedua-duanya kerap berlegar di kawasan perumahannya antara jam 4 hingga 7 pagi pada hari bekerja dan jam 4 hingga 5 petang pada hujung minggu.
Sekiranya penduduk di Taman Ehsan Kepong terlihat sebarang aktiviti yang mencurigakan, mereka diminta melaporkan segera ke balai polis yang berdekatan.
Pada masa yang sama, MCAC menasihatkan agar mereka yang berdepan dengan situasi ini agar tidak melawan jika tidak mempunyai asas dalam mempertahankan diri kerana nyawa lebih berharga.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments