CHINA – Tembok besar China yang penuh dengan keunikan dan menjadi
tumpuan pelancong seluruh dunia, kini dalam bahaya selepas hampir dua
pertiga daripada tembok berkenaan telah dimusnahkan dan dirosakkan oleh
penduduk setempat.
Penduduk berkenaan meruntuhkannya untuk membina laluan selain dijadikan tempat untuk mereka berteduh.
Selain itu ada juga penduduk yang menjadikan tembok tersebut sebagai baja untuk tanaman mereka.
Pembinaan jalan raya juga menyumbang kepada kemusnahannya.
Keadaan itu berlaku akibat kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terutama di kawasan pedalaman.
Menurut kurator muzium Longxi, Chen Jun pihaknya tidak dapat
menghalang penduduk tersebut daripada memusnah tinggalan sejarah yang
dibina pada zaman Dinasti Qin itu.
“Kami cuba menghalang penduduk namun bahagian tembok yang dirosakkan
itu tidak termasuk dalam zon perlindungan.Kami tidak mampu berbuat
apa-apa,’’ katanya.
Tembok Besar China dibina kira-kira 2,200 tahun lalu dan ia
kemudiannya dibina semula pada Zaman Dinasti Ming, kira-kira 700 tahun
lalu.
Pada 2006, kerajaan telah melaksanakan peraturan bagi melindungi Tembok
No comments
Post a Comment