Yang menariknya sistem pertahanan ini adalah rahsia dan hanya diketahui selepas berakhirnya perang dingin. Ini adalah kerana ianya disamarkan dengan meletakkan pondok kayu diatasnya. Sekali pandang ia kelihatan seperti sebuah chalet untuk kegunaan pengunjung ketika musim panas. Muzium ini dibuka kepada awam pada tahun 2005.
Sistem menggunakan rudal kereta kebal sebagai gun emplacement tidak unik di Austria. Teknik ini sudah digunakan sejak perang dunia kedua oleh tentera Nazi. Selain Wurzen Pass, sistem ini juga boleh dilihat di Russia. Ratusan rudal kereta kebal lama ditanam di atas tanah bersempadan dengan China.
Laporan asal Wurzenpass Museum
No comments
Post a Comment