JOHOR BAHRU – Seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai
orang awam di dalam kotak di hadapan sebuah rumah di Jalan Panglin 1,
Taman Perling di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata bayi
lelaki yang menangis ketika ditemui itu dibaluti dengan kain lampin dan
dipakaikan baju.
“Bayi tersebut berada dalam keadaan normal dan tiada sebarang
kecederaan padanya. Kita percaya berdasarkan keadaan tali pusat dan
kesan darah, bayi itu baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi hari
ini.
Ruslan berkata bayi tersebut yang ditemui kira-kira 10.30 malam kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah.
Kes disiasat kerana membuang bayi. – BERNAMA
No comments
Post a Comment