Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Mengaku Seks Dengan Kenderaan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Washington – Kehidupan seks Edward Smith sepanjang 48 tahun lalu sungguh aneh. Berdasarkan pengiraannya, dia mempunyai lebih 1,000 teman seks tetapi hanya satu saja daripada jumlah itu ialah manusia.

Smith, 63, termasuk dalam golongan ‘mechaphile,’ terma yang digunakan untuk seseorang yang tertarik dan melakukan seks dengan pesawat, kereta api dan automobil.
Dan dia juga pernah melakukannya dengan sebuah helikopter yang digunakan dalam siri televisyen ‘Airwolf.’

“Bagi kebanyakan orang, mereka melihat payudara dan punggung untuk menilai kecantikan wanita. Saya pula melihat pada depan dan belakang kereta yang cantik,” katanya, menurut laporan akhbar Mirror.

Bagaimanapun, Smith tidak lagi terdorong untuk mengadakan seks dengan sebarang kereta. Katanya, dia kini komited dengan Vanilla, kereta Volkswagen Beetle yang dibelinya 30 tahun lalu.

“Apabila menyentuh Vanilla, ada tarikan dan saya dapat merasakan tindak balasnya. Saya akan merana jika ada apa-apa berlaku kepadanya,” katanya.

‘Mechaphilia’ merujuk kepada keinginan seks yang unik dan menurut Smith, dia tidak bersendirian. Dia menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 500 orang di dunia ini yang tertarik untuk mengadakan seks dengan kereta.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments