Seorang daripada dua wanita British yang
ditahan di Peru kerana disyaki cuba menyeludup dadah Kokain bernilai
1.5 juta pound keluar dari Peru bersedia untuk mengaku bersalah untuk
mendapatkan tempoh hukuman penjara lebih pendek.
Melissa Reid, (Depa dalam gambar) dari
Lenzie Scotland boleh dibebaskan dalam masa tiga tahun jika mengaku
bersalah dan mengikut perjanjian itu.
Wanita itu yang berusia 20 tahun kini di ditahan di Penjara Virgen de Fatima di pusat bandar Peru iaitu Lima.
Menurutnya, dia sebenarnya tidak mahu dipenjara selagi belum mencecah umur 35 tahun tetapi segala-galanya yang diimpikan hancur.
“Saya takut dengan apa yang akan saya
lalui, tetapi saya kembali tenang apabila mengetahui apa yang bakal
berlaku di akhirnya nanti,” katanya memetik laporan Mail On Sunday.
Menurutnya dia kini berada dalam satu keadaan sebenarnya dan bukan mimpi iaitu dipenjara dan jauh dari keluarganya.
“Selepas berfikir panjang dan
mendapatkan nasihat dari peguam saya, saya akan berdiri di depan hakim
dan bersedia mengaku bersalah memiliki dadah untuk ke Sepanyol dari
Peru,” katanya.
Reid ditahan bersama seorang lagi wanita
Michaella McCollum juga berusi 20 tahun dari Dungannon selepas dadah
Kokain seberat 11kg yang disorokkan di dalam bagasinya ditemui ketika
menaiki pesawat untuk ke Sepanyol.
Bagaimanapun, McCollum berkata mereka
dipaksa untuk menyeludup dadah oleh beberapa anggota kongsi gelap
bersenjata yang mengugut akan mengapa-apakan keluarga mereka jika mereka
enggan menyeludup dadah itu.
No comments
Post a Comment