Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Duit Syiling Berwarna "EDISI TERHAD" Sempena Hari Malaysia~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Duit Syiling

KUALA LUMPUR – Buat julung kali Bank Negara Malaysia (BNM) menerbitkan duit syiling berwarna yang akan dijual kepada orang ramai bermula esok.

BNM dalam satu kenyataan media memberitahu, duit itu adalah duit syiling peringatan bersempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50.

“Duit Syiling Peringatan Perak (pruf) ini adalah duit syiling berwarna pertama dikeluarkan oleh BNM. Pada bahagian hadapan duit syiling ini terdapat imej berwarna Jalur Gemilang.

“Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam Perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini RM10 dan dijual pada harga RM200 sekeping. Sebanyak 10,000 keping ditempa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, BNM turut mengeluarkan 750 keping Duit Syiling Peringatan Emas (pruf) diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 bersempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50.

Kata kenyataan itu, berat setiap keping duit syiling berkenaan 7.96 gram dan nilai muka duit syiling tersebut adalah RM100 yang akan dijual pada harga RM1,800 sekeping.

Turut diterbitkan 25,000 keping Duit Syiling Peringatan Emas Nordic dengan nilai muka duit syiling RM1 yang akan dijual pada harga RM10 sekeping.

Tambah kenyataan itu, kesemua duit syiling itu boleh juga dibeli dalam set 3 dalam 1, dan set 2 dalam 1 dengan set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak berwarna dan emas Nordic pruf manakal set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas Nordic pruf.

Jelas kenyataan itu, set 3 dalam 1 akan dijual pada harga RM2,100 dan hanya terdapat 500 set sahaja manakala set 2 dalam 1 dijual pada harga RM250 dan hanya terdapat 1,000 set sahaja. .

Duit syiling terbabit akan mula dijual esok di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang di sini dan pejabat BNM di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments