Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sandakan, Bandar Lambakan Barang Seludup~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

                 Sandakan, bandar lambakan barang seludup?

SANDAKAN, SABAH - Kedudukan bandar Sandakan sememangnya terlalu hampir dengan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Maritim.

Pastinya, segala kawalan di pesisir pantai terjaga selamat.

Di dalam bandar pula ramai anggota polis peronda memantau keselamatan. Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan juga turut memantau.

Tapi peliknya, aktiviti penjualan barangan seludup ini dijual di merata tempat.

Rokok yang sepatutnya dikenakan cukai sebelum dijual di pasaran tapi di sini, di kaki lima dijual selamba.

Begitu juga dengan telur penyu yang sudah menjadi barangan kawalan tetapi dijual secara sorok-sorok.

Kaedahnya cuma perlu memanggil siapa saja yang lalu di tepi-tepi tangga, di kaki lima, malah pemandu kereta boleh berhenti macam drive thru untuk membeli rokok.

Manakala penjualan telur penyu hanya menggunakan simbol tangan sebagai isyarat adanya bekalan itu.

Penjualnya pula, terdiri daripada semua peringkat umur. Bermula kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah orang tua.

Seorang peniaga restoran, Fathur Rahman Muhammad Nashmir, 40, berkata, aktiviti penjualan rokok dan telur penyu seperti sudah tidak mampu dibendung kerana kewujudan penjual seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Menurutnya, lemahnya penguatkuasaan turut menjadi faktor kegiatan itu terus berlaku.

“Keadaan begini sudah biasa. Macam mana mahu halang kalau pihak berkuasa pun boleh duduk berbual dengan mereka tanpa sebarang tindakan.

“Bukan susah mahu tengok di mana mereka simpan stok rokok. Semua disimpan di atas tangga, kalau mahu dikuatkuasakan bila-bila masa boleh rampas stok mereka,” katanya.

Menurutnya, stok rokok pelbagai jenama disimpan di dalam kotak dan hanya ditutupi dengan kain, plastik atau kertas surat khabar.

Menurutnya, hanya seseorang ditugaskan untuk menjaga stok tersebut tetapi kadang kala disimpan begitu saja.

Penjual saling bersaing

Penjual rokok biasanya saling bersaing untuk mencari pelanggan.

Mereka sanggup berkejar-kejar untuk mendapatkan pelanggan sama ada yang berjalan kaki atau menaiki kenderaan.

Fathur Rahman berkata, penjual rokok akan berdiri di tepi-tepi tembok, berkumpul di kaki-kaki lima apabila melihat pelanggannya.

“Ada yang mempunyai pelanggan tetap dan biasanya mereka ini tidak aktif seperti penjual rokok lain.

“Selebihnya, akan menunggu sesiapa saja yang lalu lalang atau menaiki kenderaan untuk disapa atau dipanggil membeli rokok,” katanya.

Menurutnya, penjual yang berselindung di sebalik tembok akan bertempiaran lari sebaik melihat anggota pihak berkuasa walaupun rondaan dilakukan berjalan kaki.

Simbol jadi signal
Bagi penjual telur penyu, mereka juga perlu bersaing tapi tidak seagresif penjual rokok

Ada yang unik bagi penjual penyu ketika mencari pelanggan, mereka hanya perlu menunjuk simbol menggunakan tangan untuk menujukkan adanya bekalan telur.

“Setiap pengunjung di bandar ini pasti akan melihat dan kenal penjual telur penyu kerana mereka berdiri, duduk dan bergerak dengan simbol tangan.

“Jadi, tidak susah sebenarnya untuk dapat bekalan telur penyu di sini. Walaupun ia disorok, dikawal dan akan didenda jika tertangkap tapi cukup senang diperoleh,” katanya.

Menurut Fathur Rahman, telur penyu dijual pada harga antara 70, 80 dan 90 sen atau RM1.20, hingga RM1.70 sebiji.
Kawalan pembelian telur penyu ini cukup ketat sehinggakan tidak boleh dibawa ke Semenanjung Malaysia.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments