PENYANYI Pop penuh kontroversi Amerika Syarikat, Ke$ha di khabarkan akan mengadakan konsert solo pertamanya di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Atas nama Ke$ha Warrior Tour Kuala Lumpur, konsert anjuran Tune Talk dan Livescape ini dijangka bakal menjadi tumpuan kira-kira 7000 peminat.
Judul konsert tersebut diambil sempena album kedua yang berjudul Warrior yang di release pada Disember 2012. Album ini mendapat ulasan yang baik dari pengkritik muzik. Warrior juga menduduki tangga ke-enam pada Billboard 200 serta ditangga atas carta-carta muzik di United Kingdom, Australia, Belgium, Ireland, New Zealand dan Sepanyol.
Ke$ha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, 26, mula dikenali menerusi lagu Tik Tok seterusnya popular dengan seleksi lagu seperti We R Who We R, Blah, Blah, Blah, The Love Is My Drug dan Die Young.
Bintang yang pernah memenangi anugerah Best New Act di Anugerah Muzik MTV Eropah ni sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi melalui kenyataan mengakui yang dirinya seorang wanita biseksual. Dia juga aktif dalam aktiviti yang melibatkan LGBT(lesbian, gay, bisexual dan transgender) pernah diundang membuat persembahan di majlis-majlis pasangan homoseksual.
Menerusi satu kiriman email dari pihak penganjur, kami difahamkan satu sidang media khas mengenai konsert Ke$ha di sini akan diadakan sekitar minggu hadapan bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. – Malaysian Digest
No comments
Post a Comment