IBU bapa yang anak mereka sedang menuntut di Universiti Kasetsart, Thailand bengang dan terkejut apabila mendapati anak mereka memakai ‘topi khas’ sewaktu sedang mengambil peperiksaan di situ.
Gambar tersebut menjadi ‘viral’ dalam internet hingga menimbulkan rasa malu pada para ibu bapa pelajar terlibat.
Mereka kecewa dengan tindakan pentadbir universiti yang dianggap mengenakan peraturan yang ‘mengaibkan’ .
Namun pihak universiti yang terpaksa membuat sidang akhbar khas berkaitan isu berkenaan menegaskan, ia merupakan idea daripada para pelajar itu sendiri.
” Kami tak paksa mereka (pelajar) melakukannya, namun nampaknya mereka seronok dan selesa menjawab kertas soalan dengan memakai topi itu,” kata Nattadon Rungruangkitkrai.
Ia disahkan oleh majlis perwakilan pelajar universiti berkenaan.
” Adalah menjadi perkara biasa meniru dalam peperiksaan…jadi memandangkan kami tidak mahu benda ini terjadi, ditambah pula dewan peperiksaan itu agak kecil, kami merasakan ia cara terbaik.
” Ini sekaligus mengelakkan pekajar yang duduk agak hampir di antara satu sama lain, mengambil kesempatan untuk meniru kertas jawapan rakan mereka,” kata seorang pemimpin pelajar dalam sidang akhbar berkenaan.
Ternyata Universiti Kasertsak tidak sendirian dalam hal ini, tidak lama kemudian Jabatan Penerbangan Awam Pusat Thailand juga didakwa mengenakan syarat yang sama kepada penuntut mereka.
No comments
Post a Comment