Di India, lima lelaki dipercayai telah merogol seorang jurufoto wanita secra bergilir-gilir menurut sumber Polis hari ini.
Laporan AFP menyebut kejadian terbaru itu yang berlaku pada kelmarin kembali menghantui warga India selepas kes rogol beramai-ramai lapan bulan lalu sehingga mencetuskan protes awam.
Menurut polis, kejadian rogol terbaru itu berlaku di kawasan daerah mewah di Mumbai di mana jurufoto berusia 23 tahun itu sedang menulis artikel majalah berkaitan bangunan lama bersama seorang rakan lelaki.
“Sekumpulan lelaki bertindak memukul rakan wanita itu, mengikatnya kemudian merogol wanita itu di ruang terpencil di kawasan Shakti Mills,” kata pegawai polis yang enggan namanya disiarkan.
“Kes rogol terbaru sudah didaftarkan tetapi tiada tangkapan dibuat sehingga hari ini, beberapa orang suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan,” kata pegawai itu.
Insiden rogol terbaru ini menjejaskan reputasi bandar itu yang dikenali sebagai “Bandar Paling Selamat Untuk Wanita di India”
Mangsa sedang menerima rawatan di hospital dan mengecam dua perogolnya melalui nama pertama mereka, apabila mendengar mereka memanggilnya ketika kejadian.
Menurut pegawai itu, laporan perubatan awal menunjukkan wanita itu mengalami beberapa kecederaan dalaman.
Pada Disember lalu, seorag wanita juga berusia 23 tahun diserang dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi.
Mangsa kemudian mati akibat kecederaan dan rakan lelaki mangsa juga dipukul teruk.
Perbicaraan kes di New Delhi sedang berjalan dan kini orang ramai mendesak untuk kerajaan menggubal satu undang-undang lebih baik dan ketat berkaitan jenayah rogol.
Sumber : AFP
No comments
Post a Comment