Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] ROGOL: Mangsa Trauma Beri Keterangan Melalui Kamera, Takut Tengok Muka Suspek!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

ROGOL: Mangsa Beri Keterangan Melalui Kamera, Takut Tengok Muka Suspek
KOTA KINABALU –  Mangsa berusia 13 tahun dalam perbicaraan kes rogol terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud, 40, (gambar) memberi keterangan menerusi kamera pada Khamis.

Hakim mahkamah sesyen, Ummu Kalthom Samad mengarahkan hadirin meninggalkan kamar mahkamah bagi saksi remaja untuk memberi keterangan menerusi kamera yang diletakkan di kamar secara berasingan pada hari keempat perbicaraan terhadap Riduan yang didakwa merogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun pada 18 Februari lalu.
Sebelum saksi itu memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul memberitahu mahkamah bahawa saksi tidak mahu melihat muka tertuduh kerana dia takut.
Menurut Mstar, kamera itu kemudiannya diatur semula supaya dia tidak perlu melihat muka tertuduh ketika hakim mengarahkan hadirin untuk meninggalkan kamar mahkamah, di bawah Seksyen 5 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.
Kes itu mendapat perhatian negara selepas Riduan menjadikan budak perempuan yang berusia 13 tahun yang mendakwa dia merogolnya di tempat letak kereta sebagai isteri kedua di bawah undang-undang Syariah pada 7 Mei.
Dalam perbicaraan semalam Utusan Malaysia melaporkan, hasil pemeriksaan terhadap seorang budak perempuan bawah umur yang mendakwa dirogol sebelum lelaki itu bertindak mengahwininya, seorang pakar sakit puan menyatakan, kemasukan objek keras dan tumpul seperti kemaluan lelaki ke dalam faraj, mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku.
Keterangan itu diberikan oleh Dr. Munawwirah Ismail dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Mahkamah Sesyen di sini.
Bagaimanapun menurut Munawwirah, hasil pemeriksaan luaran mendapati ada kesan luka baharu dan lebam di bahagian selaput dara namun tiada kesan koyakan.
Katanya, berdasarkan ujian dan temu bual ke atas mangsa, mungkin terdapat kemasukan objek tumpul dan keras ke dalam faraj mangsa.
Bagaimanapun katanya, tiada kesan paksaan ke dalam faraj dan saiz luka yang nipis berukuran 0.5 sentimeter di bahagian selaput dara ekoran terdapat tekanan atau kemasukan benda yang tumpul dan keras ke dalam faraj.
Diminta menjelaskan mengenai tekanan yang dimaksudkan, saksi itu menjawab: ”Apa-apa sahaja yang keras dan tumpul seperti jari, zakar atau timun.”
”Saya ada menemubual mangsa sebelum membuat pemeriksaan badan. Mangsa menyatakan dia dirogol pada 18 Februari lalu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Joey semasa dia dibawa ke satu tempat di Kiansom Waterfall dan dipaksa melakukan persetubuhan,” katanya.
Ditanya sama ada terdapat sebarang tanda menunjukkan mangsa melawan penyerangnya, Munawwirah berkata, pemeriksaan luaran mendapati tiada tanda-tanda mangsa melawan.
Menjelaskan lebih lanjut perkara itu, saksi menyatakan semasa pemeriksaan genital dilakukan, terdapat kesan calar nipis dan luka nipis di bahagian kemaluan mangsa serta kesan lebam, tetapi tidak ada kesan koyakan pada selaput dara.
Bagaimanapun katanya, walaupun terdapat lebam di bahagian selaput dara, mungkin juga tiada berlaku kemasukan zakar ke dalam faraj kerana kesan itu boleh juga disebabkan oleh faktor lain seperti terjatuh, bermain sukan atau hanya dicabul.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments