Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Wanita penyelidik jatuh cinta dan berkahwin dengan getaran jambatan "Le Pont du Diable"!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Wanita
Paris – Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia membuat keputusan aneh apabila menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.

Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.
Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.
Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu.
Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.
Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain. “Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan seksual, hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat,” katanya.
Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan – juga lelaki – lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.
“Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini,” katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya – kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.
Jambatan Le Pont du Diable – juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan – dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments