Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pencipta Tetikus Meninggal Dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Doug Engelbart
Pencipta tetikus komputer, Doug Engelbart menghembuskan nafas terakhir Selasa lalu, pada usia 88 tahun.

Engelbert yang dilahirkan pada 30 Januari 1925 di Portland, Oregon, Amerika Syarikat juga merupakan antara orang terawal mencipta fungsi emel, pemproses perkataan dan persidangan video di Institut Penyelidikan California.
Makmal tempatnya bekerja turut membangunkan ARPANet, kajian rangkaian milik kerajaan yang membawa kepada penemuan internet.
Engelbert mencipta tetikus sekitar 60an menggunakan sarung kayu yang membalut dua roda logam lalu mempatenkannya. Demonstrasi tetikus ciptaannya dipertontonkan kali pertama di San Francisco pada 1968, bersama persidangan video pertama.
Beliau pernah dianugerahkan USD500,000 hadiah Lemelson-MIT 1997 dan pingat National Medal Of Technology kerana mencipta asas kepada komputer peribadi pada 2000.
Kematian Engelbert dimaklumkan anak perempuannya menerusi emel kepada pihak Muzium Sejarah Komputer, Mountain View, California, tempat di mana beliau berkhidmat sebagai felo sejak 2005.
Menurut anaknya, Engelbert yang sudah lama uzur meninggal dunia ketika tidur.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments